Di india atau lebih spesifik lagi di Mumbai industri penghantaran makanan melalui bekas makanan (mangkuk tingkap) bukan merupakan perkara baru.
Ianya merupakan satu industri dimana beribu-ribu pekerja yang dipanggil "Dabbawala" akan menghantar dan mengutip balik bekas makanan yang telah selesai digunakan untuk digunakan pada hari keesokannya.
Di Malaysia, trend ini semakin mendapat sambutan terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru
Dengan adanya perkhidmatan ini para pelanggan tidak perlu lagi beratur untuk mendapatkan makanan, bersesak untuk mendapatkan parking dan tidak dikenakan bayaran yang mahal hanya untuk menjamu makanan.
"Apa perasaan anda apabila anda beratur untuk mendapatkan makanan dan mendapati lauk-pauk telah habis dijual???"
"Apa perasaan anda apabila order yang dibuat lambat tiba di meja makan anda???"
Melalui pengalaman berpuluh tahun menjamu selera di restoran dan cafeteria, kami berpendapat ini merupakan kaedah yang paling sesuai bagi memastikan masa anda dapat digunakan dengan effisyen dan berkualiti.
Gambar Hiasan:
Bekas makanan "mangkuk tingkap"
Pekerja Penghantar Makanan di India "Dabbawala"
Berdasarkan permintaan ramai.
Kami di BreakfirstXPress telah bersetuju untuk menyediakan sarapan pada hari Jumaat 2 Oktober 2009 seperti berikut:
Makanan Utama: Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis
Pastri 1: Sardin Roll
Pastri 2: Tart Telur
Bagi memudahkan anda membuat pesanan sarapan pagi, pihak kami sedang di dalam proses akhir merangka aturan menu yang hebat lagi melazatkan.
Aturan menu ini akan dijadikan asas kepada senarai menu rasmi jomsarapan.blogspot kelak.
Semua ini adalah untuk anda kerana "anda adalah titik fokus kami"
Berikut adalah beberapa kepentingan sarapan pagi untuk generasi muda khususnya remaja: 1) Sumber tenaga Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi adalah sumber tenaga utama untuk memulakan hari yang sihat. Kajian pakar menunjukkan, remaja yang bersarapan setiap hari mempunyai kehidupan yang berkualiti dan daya tumpuan yang lebih baik 2) Vitamin untuk badan Remaja tidak seharusnya menikmati sarapan pagi tanpa mengambil kira kandungannya. Adalah disarankan supaya remaja mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan tenaga, protein dan juga sayur-sayuran. Antaranya, roti, susu dan telur 3) Rangsang fungsi otak Sarapan yang mengandungi karbohidrat pada waktu pagi boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B dalam roti atau bijirin mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak. 4) Kekal langsing Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan mendapati mereka jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Ini kerana mereka mengamalkan pemakanan yang teratur dan ikut peraturan. 5) Masa Berkualiti Ada ketikanya, remaja sukar mencari waktu yang berkualiti untuk diluangkan bersama keluarga namun dengan amalan sarapan pagi bersama, ibu bapa dan anak-anak boleh mewujudkan suasana harmoni dan masa kualiti yang berkesan.sumber : www.hmetro.com.my
Di kesempatan ini kami di breakfirstxpress.blogspot.com ingin mengucapkan salam aidilfitri dan salam perkenalan kepada semua pelanggan kami dan pengunjung laman blog ini.
Untuk makluman semua, laman blog ini diwujudkan bagi membolehkan para pelanggan kami dan pengunjung blog ini untuk mendapat maklumat terkini berkenaan menu dan tawaran-tawaran produk istimewa kami yang terkini.
Selain daripada itu kami juga sangat mengalukan-alukan sebarang komen berkenaan mutu dan kualiti perkhidmatan kami yang boleh disampaikan melalui laman blog ini.
Barisan produk yang disediakan oleh pihak kami di ilhamkan dan direka khas oleh kami bagi memenuhi keperluan dan kesibukan jadual harian anda semua.
Kerana keperluan ANDA adalah "titik fokus" kami
Pepatah melayu ada mengatakan:
"DARIPADA MATA TURUN KE HATI"
Kami percaya dengan adanya sokongan padu daripada anda semua, misi kami untuk merevolusikan sarapan pagi agarnya ianya LEBIH SIHAT, MURAH DAN BERKUALITI akan tercapai.
Terima kasih.