Tuesday, November 10, 2009

Cadangan Menu Di Alu-Alukan

Sebagai salah satu langkah untuk mempelbagaikan menu sarapan pagi di Breakfirstxpress.

Kami ingin menjemput anda untuk turut serta di dalam mencurahkan idea dan cadangan jenis sarapan pagi yang anda minati.

Sekiranya anda mempunyai komen dan cadangan sila majukan pendapat anda ke ruangan komen yang disediakan.

Terima kasih.

Monday, November 2, 2009

MENU RABU

Seminggu hanya sekali

Jom menikmati menu Nasi Lemak Yang Paling HOT di Putrajaya

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis + Vege Golden Roll + Fruit Of The Day

Semua ini hanya dengan RM2.50

Thursday, October 29, 2009

MENU BARU BULAN NOVEMBER 2009

Nantikan kemunculan hidangan set breakfast kombo yang baru.

Diantara menu lazat dan meyuelarakan yang akan membuat kemunculan adalah:


1. Bubur ayam + Cha Kueh

2. Nasi Goreng Cendawan + Golden Sausage Roll + Fruit of The Day

3. Dan lain-lain menu yang menyelarakan.

Sila hubungi konsultan pelanggan kami En. Shah di talian 012 - 3966 702 untuk maklumat lanjut.

Semua ini hanya dengan RM2.50

Monday, October 26, 2009

MENU HARI RABU

Tunggu apa lagi hubungi agen kami di talian 012 - 3966 702 (En. Syah)

Menu esok (Rabu)

Bee Hon Goreng Putrajaya + Tart Telur Precint 16 + Potongan Buah Papaya.

MENU HARI SELASA

Penambahbaikan hidangan set kombo ini dilazatkan lagi dengan kehadiran Buah Tembikai Susu.

Penuhi diet sarapan anda dengan hidangan kombo Nasi Kerabu Putrajaya + Potongan Buah Tembikai Susu + Roti Goreng Precint 16

Semua ini hanya dengan RM2.50

Makan Sihat, Hidup Sejahtera diet Seimbang.


Sunday, October 25, 2009

MENU HARI ISNIN

Terima kasih di atas komen dan maklum balas anda.

Bagi menceriakan dan mempelbagaikan pengalaman sarapan pagi anda.

Kami di BreakfirstXpress memperkenalkan kombo baru.

Set Maggi Goreng + Donut + Buah Tembikai


Semua ini hanya dengan RM2.50

Wednesday, October 21, 2009

KOMBO NASI LEMAK & KEK COKLAT & PAPAYA PADA HARI KHAMIS


Memperkenalkan kombo baru sarapan pagi dan buah papaya.

Bagi memperbaiki mutu produk yang disediakan kami amat mengalu-alukan komen dan pendapat pelanggan kami yang dihargai.

Adalah diharapkan melalui komen dan pendapat yang diberikan mutu dan kualiti sarapan yang disediakan akan lebih berkuali dan bernilai untuk anda.

Kami di Breakfirstxpress sentiasa berusaha keras untuk memaksimumkan nilai RM2.50 anda.



Tuesday, October 20, 2009

MESTI CUBA ESOK: NASI LEMAK KOMBO

Hari Raya Setahun Sekali.
"Nasik Lemak Kombo" Seminggu Sekali,
Mai kita Pekena Hari Ini,
Esok Tak Dak Kering Gusi.

Kalau nak merasa nasi lemak paling sedap di Putrajaya dan Cyberjaya jom buat tempahan anda segera melalui agen kami, emel atau sms.

Kami amat peka dengan permintaan anda.

Respons yang diterima daripada pelanggan kami yang dihargai cukup berharga.

Sehubungan dengan itu, bagi menjamin menu yang dihidangkan cukup lazat dan BERKHASIAT kami akan menggantikan salah satu pastri kepada buah-buahan yang berbeza setiap hari.

Terima kasih di atas maklumbalas dan komen anda.



KOMBO BARU (KHAMIS) = Nasi Lemak + Kek Coklat + Buah Papaya

Kualiti sama, kepuasan maksimum yang penting harga tetap sama.

Semua ini hanya dengan RM2.50

.

PESANAN / ORDER MELALUI EMEL

Bagi memudahkan order dibuat.

Kami di Breakfirstxpress ingin menjemput pelanggan kami yang dihargai untuk membuat pesanan melalui alamat emel seperti berikut:

breakfirstxpress@gmail.com

Format emel simple dan mudah hanya type:

Nama:

Jumlah Order:

Tempat Penghantaran:

No Telefon:

*** Untuk makluman buat masa ini kami hanya membuat penghantaran bagi kawasan di sekitar Putrajaya.

Monday, October 19, 2009

PERUBAHAN MENU HARI JUMAAT

Di atas permintaan ramai kami di breakfirstxpress akan memeprkenalkan kombo baru pada hari Jumaat.

Bukan lagi Murtabak menjadi hidangan tetapi set Mee Goreng yang lazat lagi menyelarakan menjadi pilihan.

Nikmati hidangan mee goreng kering kami yang teristimewa untuk anda hanya dengan harga RM2.50

Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas komen penambahbaikan yang membina daripada pelanggan yang kami hormati.


Thursday, October 15, 2009

Wednesday, October 14, 2009

Agen Diperlukan di Kawasan Putrajaya

Di atas permintaan yang semakin menggalakkan.

Kami ingin berkongsi resepi kejayan kami dengan anda semua.

Bagi sesiapa yang berminat untuk memasarkan produk kami. (Set sarapan pagi yang lazat lagi murah)

Kami ingin menjemput anda untuk bertindak sebagai wakil penjual kami di kawasan Putrajaya.

Jana pendapatan lebih melalui set hidangan sarapan kami.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En Shah di talian 012 396 6302

Tuesday, October 13, 2009

"Have Your Say" Soal Selidik Menu Bulan November

Kami di breakfirstxpress tidak pernah mengenal penat lelah di dalam memastikan sajian menu kami menepati citarasa anda.

Bagi penyediaan set breakfirst bagi bulan November.

Kami bercadang untuk memperkenalkan sekurang-kurangya satu set western breakfast dengan HARGA YANG TETAP yang sama iaitu RM2.50

Menu cadangan: Scramble Egg + Honey Pancake + Butter Rice

Kami ingin menjemput anda pelanggan yang kami hargai untuk turut serta di dalam soal selidik ini.

Terima kasih di atas kerjasama dan perhatian anda terhadap soal selidik ini.


Thursday, October 8, 2009

MENU PADA HARI JUMAAT 9 OKTOBER 2009

Kombinasi pastri dorayaki, murtabak daging ditambah dengan sardin roll akan semestinya menceriakan hari jumaat anda.

Untuk pesanan di kawasan Putrajaya sila emel ogos31@yahoo.com.

Semua ini hanya dengan RM2.50

MENU PADA HARI KHAMIS 8 OKTOBER 2009

Set Nasi Lemak telah kembali.

Kali ini memperkenalkan nasi lemak + karipap mini (ikan) + roti kahwin



Cukup bertenaga, cukup berkhasiat tetapi yang lebih penting POWER

Tuesday, October 6, 2009

MENU PADA HARI RABU 7 OKTOBER 2009


Bukan sekadar hiasan tetapi realiti, adunan tomato, keropok, tomato dan pastri pilihan dapat memberikan pengalaman bersarapan yang berbeza setiap hari.

Set kombo bee hon + French Toast + Egg Tart

Sekali lagi ribuan terima kasih kepada pelanggan setia kami yang telah menempah set breakfirst sejak semalam lagi.

Kami menjanjikan kualiti dan kepuasan bersarapan dengan hanya RM2.50.

Bagi memastikan anda tidak terlepas daripada menikmati hidangan yang lazat dan berkhasiat seterusnya, sila buat tempahan dengan wakil jualan kami sebelum jam 3:00 petang pada setiap hari.

Monday, October 5, 2009

MENU PADA HARI SELASA 6 OKTOBER 2009


Adunan sayur-sayuran tradisional pada nasi kerabu ditambah dengan
kelazatan 2 hidangan pastri dapat membangkitkan aroma hidangan dan
yang paling penting memberi anda KEPUASAN BERSARAPAN
berterusan


Memperkenalkan menu istimewa.

Nasi Kerabu + Roti Goreng + Karipap

Semua ini dengan hanya RM2.50

Anda tidak perlu ke Kelantan untuk menikmati hidangan Nasi Kerabu semuanya ada di BreakfirstXpress

Buat tempahan anda sekarang melalui wakil jualan kami.

Sunday, October 4, 2009

MENU BULAN OKTOBER 2009

Setelah bermingu-minggu menganalisa dan mendapatkan komen daripada para pelanggan yang kami sanjungi.

Akhirnya menu bagi bulan Oktober 2009 telah berjaya di terbitkan.

Menu yang diterbitkan ini adalah menu bagi bulan Oktober 2009 dan kombinasi akan berubah mengikut bulan-bulan seterusnya.

ISNIN
Maggi Goreng + Donut + Cream Puff

SELASA
Nasi Kerabu + Crispy Bread + Karipap

RABU
Bee Hoon Goreng + Egg Tart + French Toast

KHAMIS
Nasi Lemak + Roti Kahwin + Mini Karipap

JUMAAT
Kuew Tiow Goreng + Sardin Roll + Dorayaki

MENU PADA HARI ISNIN 5 OKTOBER 2009


tips: Kaedah pembungkusan kami memboleh anda memanaskan makanan secara mudah melalui microwave oven.

Memperkenalkan pakej kombo 2.

Maggi goreng + Donut + Cream Puff

Sarapan yang tidak terlalu berat tetapi cukup berkhasiat bagi memastikan anda sentiasa aktif dan bertenaga.

Semua ini hanya dengan harga promosi sebanyak RM2.50

Hubungi agen-agen kami untuk membuat pesanan.

Thursday, October 1, 2009

ERA BARU BERMULA

Syukur alhamdulillah, jualan sarapan breakfirstxpress pada hari pertama adalah sebanyak 200 set.

Terima kasih diucapkan kepada semua pelanggan kami yang telah membuat tempahan sejak semalam.

Bagi mengelakkan anda terlepas peluang untuk menikmati hidangan sarapan pagi yang enak lagi berkualiti.

Kami di BreakfirstXPress amat mengaharapkan agar semua tempahan boleh dibuat sebelum jam 3:00 petang pada hari berikutnya.

Nantikan pemgumuman menu kombo sarapan pagi yang istimewa pada hari Isnin ini.

Semuanya hanya ada disini - www.breakfirstxpress.blogspot.com

Wednesday, September 30, 2009

KONSEP PERNIAGAAN KAMI

Di india atau lebih spesifik lagi di Mumbai industri penghantaran makanan melalui bekas makanan (mangkuk tingkap) bukan merupakan perkara baru.

Ianya merupakan satu industri dimana beribu-ribu pekerja yang dipanggil "Dabbawala" akan menghantar dan mengutip balik bekas makanan yang telah selesai digunakan untuk digunakan pada hari keesokannya.

Di Malaysia, trend ini semakin mendapat sambutan terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru

Dengan adanya perkhidmatan ini para pelanggan tidak perlu lagi beratur untuk mendapatkan makanan, bersesak untuk mendapatkan parking dan tidak dikenakan bayaran yang mahal hanya untuk menjamu makanan.

"Apa perasaan anda apabila anda beratur untuk mendapatkan makanan dan mendapati lauk-pauk telah habis dijual???"

"Apa perasaan anda apabila order yang dibuat lambat tiba di meja makan anda???"

Melalui pengalaman berpuluh tahun menjamu selera di restoran dan cafeteria, kami berpendapat ini merupakan kaedah yang paling sesuai bagi memastikan masa anda dapat digunakan dengan effisyen dan berkualiti.

Gambar Hiasan:


Bekas makanan "mangkuk tingkap"

Pekerja Penghantar Makanan di India "Dabbawala"

MENU PADA HARI JUMAAT 2 OKTOBER 2009


Berdasarkan permintaan ramai.

Kami di BreakfirstXPress telah bersetuju untuk menyediakan sarapan pada hari Jumaat 2 Oktober 2009 seperti berikut:

Makanan Utama: Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Pastri 1: Sardin Roll

Pastri 2: Tart Telur

Bagi memudahkan anda membuat pesanan sarapan pagi, pihak kami sedang di dalam proses akhir merangka aturan menu yang hebat lagi melazatkan.

Aturan menu ini akan dijadikan asas kepada senarai menu rasmi jomsarapan.blogspot kelak.

Semua ini adalah untuk anda kerana "anda adalah titik fokus kami"

KEPENTINGAN SARAPAN PAGI

Berikut adalah beberapa kepentingan sarapan pagi untuk generasi muda khususnya remaja:


1) Sumber tenaga

Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi adalah sumber tenaga utama untuk memulakan hari yang sihat. Kajian pakar menunjukkan, remaja yang bersarapan setiap hari mempunyai kehidupan yang berkualiti dan daya tumpuan yang lebih baik

2) Vitamin untuk badan

Remaja tidak seharusnya menikmati sarapan pagi tanpa mengambil kira kandungannya. Adalah disarankan supaya remaja mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan tenaga, protein dan juga sayur-sayuran. Antaranya, roti, susu dan telur

3) Rangsang fungsi otak

Sarapan yang mengandungi karbohidrat pada waktu pagi boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B dalam roti atau bijirin mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

4) Kekal langsing

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di
Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan
sarapan mendapati mereka jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat
badan berlebihan. Ini kerana mereka mengamalkan pemakanan yang teratur dan ikut peraturan.

5) Masa Berkualiti

Ada ketikanya, remaja sukar mencari waktu yang berkualiti untuk diluangkan bersama keluarga namun dengan amalan sarapan pagi bersama, ibu bapa dan anak-anak boleh mewujudkan suasana harmoni dan masa kualiti yang berkesan.

sumber : www.hmetro.com.my

DARIPADA MATA TURUN KE HATI

Di kesempatan ini kami di breakfirstxpress.blogspot.com ingin mengucapkan salam aidilfitri dan salam perkenalan kepada semua pelanggan kami dan pengunjung laman blog ini.

Untuk makluman semua, laman blog ini diwujudkan bagi membolehkan para pelanggan kami dan pengunjung blog ini untuk mendapat maklumat terkini berkenaan menu dan tawaran-tawaran produk istimewa kami yang terkini.

Selain daripada itu kami juga sangat mengalukan-alukan sebarang komen berkenaan mutu dan kualiti perkhidmatan kami yang boleh disampaikan melalui laman blog ini.

Barisan produk yang disediakan oleh pihak kami di ilhamkan dan direka khas oleh kami bagi memenuhi keperluan dan kesibukan
jadual harian anda semua.

Kerana keperluan ANDA adalah "titik fokus" kami

Pepatah melayu ada mengatakan:

"DARIPADA MATA TURUN KE HATI"

Kami percaya dengan adanya sokongan padu daripada anda semua, misi kami untuk merevolusikan sarapan pagi agarnya ianya LEBIH SIHAT, MURAH DAN BERKUALITI akan tercapai.

Terima kasih.